Friday, June 11, 2010

people


malam indah dgn bintang-bintang. ditambahkan pula dgn angin pantai yang sungguh nyaman dan damai. tujuan utama adalah ingin menikmati makan malam dgn suasana persekitaran yang indah. tapi macam mana aku dan ahli keluarga yang lain ingin menikmati semua tu dalam keadaan yang riuh macam dalam kelas darjah dua. sumpah bising dan menyakitkan hati! kau ingat ini kedai mak bapak korg yang punya?? bukan aku sahaja berasa begitu, keluarga lain yang sedang menikmati makan malam mereka pun pasti rasa terganggu. yaa, aku tau korg semua buat reunion. tak cukup 3 meja, 4 meja korg pakai. aku tau korg excited jumpa sahabat2 lama, tapi perlu ke berborak tu bagai 50meter jarak jauhnya. mahu lelaki dan perempuan, sama saja. tak cukup dgn itu, kau bertukar hadiah pula. siap bercerita apa hadiah kau dapat, apa kau patut buat dgn hadiah tu. ouh, ada lagi lepas tu. kalian buat bulatan besar, berpelukkan dan meluahkan perasaan masing2. wah, aku bertanya kepada diri ini. adakah mereka sedang menjalani program KESUMART??. aku hanya mampu tersenyum saja :)
tapi apa yg aku ingin tekankan disini, kalian bising sangat! keluargaku dan keluarga lain berasa tidak tenang makan disitu. macam-macam hasrat dihati ni, mahu saja dilemparkan pinggan ni. pasti ramai yang mahu turut serta sekali dgnku. sumpah korg bising macam budak darjah dua! terdetik hati ni, bila korg nak berambus yaa? beri kami semua ketenangan utk makan.
kesudahannya, kami dapat makan dgn tenang juga. seafood semua sedap2, dan murah sangat ok.
makan saja aku ni :)


**************


aku redha dengan segala kemungkinan yang akan berlaku. aku sudah cuba sedaya upaya. apa yang aku bakal terima nanti adalah atas usahaku. aku tidak bijak tapi aku sudah cuba untuk berusaha lebih. tapi aku cukup kecewa dengan apa yang aku usahakan sebelum ini. aku tidak mahu memberi alasan lagi. yaa, memang aku kurang belajar. jadi mahu tak mahu aku patut terima segala kemungkinan dengan hati yang ikhlas. katakanlah aku mungkin tidak berjaya kali ni, aku berjanji untuk berusaha lebih gigih lagi selepas ini. keluarga, sahabat-sahabat, serta yg tersayang, aku perlukan sokongan serta doa dari kamu semua.
segala jasa yg pernah diberikan, tidak pernah aku lupakan. terima kasih semuanya


**************



mood : CURIOUS. tolong la beri kerjasama wahai student portal. haihhh

0 comments: