Wednesday, September 8, 2010

green light

thanks sayang,
for this 2 days :)

my mom loves you



Tuesday, September 7, 2010

memories


keletihan yang sungguh menguasai diriku semalam
sehinggakan tidak dapat mengagahkan diri untuk meninggalkan coretan di halaman ku ini
pulang dari majlis berbuka puasa bersama teman2 terus masuk shift
baked cookies with my mom
then, dah siap terus melabuhkan diri
maaf sayang, sampai tertido pegang phone i msg dengan you
hehe

***

al kisah malam semalam,
berbuka puasa bersama ex-smkb 2006
sumpah havoc habis
bila dah jumpa teman lama yang jarang2 nak jumpa ni memang banyak benda yang mahu dikosongsi bersama
macam kedai tu kiteorg yang punya lah
semua amik peranan jadi bos kedai tu.haha
sayangnya, tidak semua yang dapat hadirkan diri
atas sebab masih belum cuti lagi, test, dll.
semeja dengan teman karib kesayanganku, merangkap best friend since we're in high school
Akasyah, Fadzilah & Hairul Azwan
aku tak tau kita bercerita dah sampai ke planet mana dah
orang lain baru nak naik kapal
hahaha.
gelak tawa jangan cakap
meja kami paling champion sekali.hehe
nak cerita kat sini memang sampai ke sudah tak habis2,
too long :)
but the best moment bila kita cerita kenangan dulu
dan masing2 pending kejap sebab nak recall balik
lagi2 Fadzilah. pending habis la kau babe.haha
dari aku amik kau kat rumah, sampai aku hantar kau balik rumah
Fadzilah. Fadzilah. hahaha

&&


paling tersentuh sekali
walaupun jarang contact atas kesibukan masing2
sampai tak tau kau guna phone number yang mana satu
bila aku call rumah kau....
Anna : hello, assalamualaikum. boleh saya bercakap dengan cik Fadzilah?
Dila : waalaikumsalam, ye cik Anna. nak apa?

OMG! straight away she call my name
she still can recognize my voice!!!
even kami jarang contact, hanya contact di fb
kau masih ingat lagi suara aku yang tak berapa nak lunak merdu ni
terharu kejap babe!!!
i love you so much tau!!

DAN INI ADA BEBERAPA PESANAN YANG INGIN DiBERIKAN


kepada bestie kesayanganku yang sorg lagi ni
Syamirul Faiz
sumpah rindu giler dengan kau weyh!
aku dah makin kurus sikit, kan? kan? haha
lepas raya kita dating ok!
wajib tebus balik sebab tak dapat nak borak sangat
dalam kereta je kita borak
tu la, sapa suruh duduk jauh2 dgn aku.hehe

dan wahai Akasyah ku sayang
kau masih berhutang lagi dengan aku
nasib kau kali ni baik
limau yang ku minta dari tuan kedai tu tertinggal di meja
kalau tak memang habis kau kena dengan aku
dendam 5 tahun masih tak terbalas lagi!
so lucky la you
takpe, kau janji raya nanti kau nak sediakan orange utk aku kan? kan?
aku pegang janji kau babe! haha

thanks to my bestie, Hairul Azwan sebab sudi jemput yaa :)
ikutkan hati tak dapat nak hadirkan diri disebabkan hal2 yang tidak dapat dielakkan
tapi yan, aku datang juga sebab aku sayang kau
pandai kau ugut aku kan. ayat mati dah kat situ
aku dah tak boleh lari mana lagi dah
nice step babe. haha

ha, ini paling tak best
saat nak amik gambar
camera ku kehabisan battery, phone pula buat gila
ayoooo! spoil lah!
jadi tak dapat nak tunjukkan gambar disini
Bino, cepat2 la upload gambar ok
saya menungguuuu...


Sunday, September 5, 2010

great moved


mood shopping tidak begitu membakar diri ini
mahu tahu kenapa....
baju raya? semua sudah siap dibeli
kasut? masih ada beberapa pasang yang baru guna sekali, yang tak guna lagi pun ada.
jadi takde apa2 lagi yang diperlukan untuk raya ni

shopping raya kali ni kami ke Mid Valley
shopping sangat ke?? haha
minggu terakhir shopping, ramai tu jangan cakap la
semalam beli barang2 make up yang hampir kehabisan
niat mahu beli compact powder & foundation.

then fikir nak tambah lagi koleksi lipstick ku di rumah
kali ni pilih color yang more neutral and more the based one
sangat cantik. suka


Redzuan pula mahukan sepasang baju melayu
hbis semua tempat kami redah
tapi susah nak jumpa color baju yang dicari
akhirnya jumpa! rasa penat berjalan tu ada sedikit berbaloi dah
color dah cantik. fabrik ok. harga pun ok
AKAN TETAPI

takde saiz! ayoyo. migrain dah
tanya abg promoter kot2 ada lagi stok dlm stor
dia jawap : maaf, xde lagi la cik. yang kami display itu sahaja yang tinggal
ok. muka hampa di situ, letak balik terus blah.
takpe, nanti i teman you cari yang lain ye sayang
jangan nangis. jangan nangis. haha

tgk jam masih awal lagi
nak smbung shopping pun tak tau nak arah ke mana
dua tempat jadi sasaran kami
cinema & bowling. hehe


===>

ini khas untuk Redzuan,
i bukan apa. tapi malas la nak cakap
hakikatnya...
sayang baik practice dulu bila nak main bowli
ng dgn i
i dah bosan la asyik menang je
tak terkira dah kali ke berapa i menang ni
semua game i balun you habis-habisan
tapi game kali ni memang you tersungkur habis la :)
cuba you fikir yaa
berapa byk cup BR you dah laburkan untuk i
i rasa ada juga you laburkan satu kedai tu nanti.hehe
*ewah. riak jap ni.haha



dari awal lagi nak tgk citer ni
tapi last week betul2 takde masa
overall movie ni sangat best!
all the dancer ada talent masing2
sangat kagum tgk tarian dieorg
super duper awesome you

4 and a half star

***

sejam lagi nak berbuka sempat lagi sambung shopping
wah, kali ni Anna memberi tajaan bekas kuih raya
sangat cantik dan tengok harga pun sangat berpuas hati
memang rembat terus, taknak fikir panjang lagi dah
nak cari set gelas, tapi takde pula yang berkenan
dalam sibuk2 mencari dari satu rak ke satu rak,
Redzuan sempat pula berbisik :
kita ni mcm dah berkeluarga dah
shopping barang rumah sama2
mcm shopping untuk rumah kita pula kan sayang?

comel pula kau berkata begitu kan Redzuan
tersipu2 kejap tau. haha.blushinggg

kan sudah saya kata kan. ramai org dan nak berbuka pun sesak
nasib baik kami buat reservation awal.
kalau tak gigit kuku je la.haha
ramai yang beratur di luar menunggu giliran
kami masuk2 je makanan dah menunggu
jangan jealous yaa :)

thanks sayang,
sudi menjadi teman i untuk hari ni
tolong carry barang semua
dan thanks again
sebab belanja i ice cream
lain hari belanja la banyak2 lagi. ok?
(>,<)


kau rasa entry kali ni panjang?
atau kau tak suka baca?
officially ini blog aku dan suka hati aku la nak tulis apa
kau jangan kesah. ada paham ka?