Monday, July 26, 2010

new family member


tak sampai sehari aku sudah mula merindui anak2ku di rumah
puas semalam bermain dgn mereka
mandikan mereka
tapi alih2 dgn mama dia sekali kena mandi
yela, berapa ekor semalam aku kerjakan dlm bilik air
hehehe

mama nak balik Jengka, jadi anak2 semua kena wangi lebih tau!!
bukan harus lagi dh, tapi wajib.
haha

kami ada ahli baru
my bro ada adopt seekor kucing ni

sangat kasihan nasib dia
serba kekurangan dan tiada arah

pelik juga my bro yg buat kebajikan terhadap kucing

sebenarnya susah tau nak tgk dia mcm tu.pelik2
yang hebat sekali, kucing terbiar ni kan tak biasa dimandikan

tapi bila saya mandikan dia tak banyak ragam, dan mudah nk diuruskan
skrg ni dia dlm proses nak membiasakan diri dgn environment baru
dan family baru!!
my mom bagi nama Comel
sebab mata dia sgt besar dan bulat!
ggrrrr
*we will have such a great time together :)




Comel
welcome to our family





ps : 3 post berturut2 pasal kucing. bosan? suka hati aku la nak tulis apa. blog aku, suka hati aku lah. ada aku kesah?? sikit pun tak kesah weyh :)

Saturday, July 24, 2010

sweet candy


DO DO PET SHOP &
PET LOVERS CENTRE, SUNWAY



kenapa glamour sgt Do Do Pet Shop di blogku ini yaa??
sebab saya rajin ke sana kerana Momoe dan Chacha :)
sambil beli barang boleh melawat si gemok yg yumm
y tu sekali.hahaha
tapi hari ini mereka tidur di dalam sangkar dgn lenanya
kena kacau pun tak diherankan langsung
penat bermain lah tu

oh yaa, saya cuma beli apa yg diperlukan sahaja
habis bayar kacau Chacha sekali lagi.hehe

miss you Momoe and Chacha!

then terus shoot ke Sunway Pyramid
kali ni tak serang Charles & Keith dulu tau
tapi serang ke Pet Lovers Centre terus
aauuwhh :)

shopping kali ni best, dpt member card plus dpt discount lagi

i loikeee!!!

then, kami lunch di Laksa Shack
dapat makan roti jala lagi
suka =))
--off diet--

ha,dan ini berita baik.
hari ini Farhana berjaya control nafsu shoppingnya
walaupun "sale" & "season clearance" kian meriah di sana sini
hebat la Nurul Farhana
cuma beli barang yg on the list saja
beri tepukan sikit..eh!
bukan sikit, tapi tepuk banyak2. kuat2 tau!!! hehe
*pasti ibubapa ku berbangga dgn ku.hahaha


*we have same interest*
terima kasih kerana sudi melayan kerenah saya
sayang awak sangat2 tau :)




dan ini lah hasilnya setelah penat memborong
tq Redzuan sebab tolong angkat semua barang2 ni
kalau angkat sendiri memang tak larat
berat dan banyak juga lah
tapi saya tolong angkat jugak eh!
tolong angkat yg ringan2 saja.haha
nanti saya upah milo ais tau.tau :)

hari ini cukup indah
segalanya berubah kerana Leela
senyumanku tidak merungut penat
tambahan pula shopping barang2 utk Leela
hatiku kian berbunga2
bagai berada ditaman bunga indahnya
aauuchh



ps : tq for today my sweetie. i love you



LEELA oh LEELA ♥


extremely excited OK!!
(>,<)



i've just meet my baby, LEELA
how fast you grow up baby
so adorable!!!

but i will not take her right now
until she ready to eat food by herself
ouh. cute! cute!
*sawan meroyan dh melanda diriku
over sgt ke? xde kan.hahaha

oh, harus shopping barang2 utk LEELA ni
gggrrrrr


gambar LEELA akan dilampirkan setelah LEELA sudah berada di rumah saya, tunggu..
surprised! surprised!
aauwwhh :)



dear LEELA, mama already missed you



mood : off to pet shop with Redzuan


Saturday, July 17, 2010

entrepreneurs ♥


semakin hari, semakin sibuk
itu sudah menjadi lumrah kehidupan sebagai seorg pelajar
tapi kali ini ada sedikit mencabar
entrepreneurship's project kini sudah bermula
lecturer sudah mula mencabar kebolehan yang ada pada diri ini sebagai "business student"
dan segalanya akan diuji dari pelbagai aspek



CREATIVE AND BRILLIANT IDEAS IS NEEDED
-work smart to make it works-


stress, stress juga
bergambar takkan terlepas punya.haha
aktiviti yang wajib dilakukan bersama girlfriends kesayangan :)
semester akhir ni kena lebih aktifkan lagi aktiviti bergambar
kalau boleh nak bagi semua memory handphone, lappy, external, pendrive FULL dgn gambar kami lah

*ha, ok. sudah over di situ.haha




meet my girlfriends
at UiTM


me and diana

during ENT 300 class
lecturer tgh buat discussion dgn group lain
kami buat hal lain pulak :)
mentang2 dah ada idea yg hebat utk project etr *kononnya.haha
goyang kaki saja
tggu turn utk dinilai dgn Pn.Aishah


ika, eda and fasha

mereka ni semua sememangnya masuk air!
lagi2 eda, gila dia semacam
masuk air habis! hahaha
jangan main2, semua ni manager tau :)


muka2 tekanan selepas project kami dinilai
kurang innovation
should come out with more brilliant ideas
fikir..fikir..fikir..tsskk
ps : apa yang kau berangan ni diana. fikir project la weyh.
siku kang



yang ini ada keliruan sikit
stress ke apa ni??haha
susah nk control dieorg ni, hyperactive
terutama yang tengah tu
dah la pegang jawatan yg paling tinggi plak tu
gayat aku tengok
FOCUS! FOCUS! stress aku tau tak.haha


minggu ni pulang lagi ke rumah
nak kata homesick, yeke?
rasanya tak kot sebab itu memang rutin mingguan ku
kalau tak balik pasti dah kena sawan agaknya
sawan meroyan.haha
*suka hati aku lah nk balik tiap2 minggu, ada aku kesah? :)

tapi kali ni balik kena buat kerja sedikit
perlu berjumpa dgn Pn.Julaiha (my sis's friend)
to do some research about my project
selamat meluangkan masa anda yaa k.aa
jasamu akan ku kenang nnt
*ewahh.melebih sudah.haha


akhir kata,
kepada gfs kesayangan
GOOD LUCK with our project
*itu je yg mampu nak ucap buat masa ni.haha
adeosamigos



ps : redzuan sabidin, from now on during etr class u're my competitor. Who can be the best? we will see. aauuchh :)

Wednesday, July 14, 2010

A.B.C. cikgu!

ATTENDING KELAS MENGEJA


memang sabarkan je la
saya, diana & ika pegi ke office
kami nak ambil borang
agak sesak sedikit sebab ramai student sedang berurusan di situ
dan kami pun tercari2 "the right person" utk dapatkan borang tu
biasa lah. dah tengah ramai
tak tau nak tanya kat sapa
jadi jumpa seorg ni, terus kami BERTANYA dimana kami boleh mendapatkan borang tersebut
alih2, terus diajar mengeja dgn lantangnya ok
ibaratkan seperti cikgu sedang mengajar pelajar darjah satu di dalam kelas
kuat, jelas dan lantang
supaya semua pelajar di dalam kelas dapat beri perhatian sepenuhnya

kami cuma bertanya tapi dibalas sebegitu rupa
dah la ramai, segan tu jgn cakap lah
dah kami tak tahu, jadi tanya lah kat sesiapa pun yg ada di situ
sebab kami bukan org yang bodoh sombong
bertanya pun salah ke???
sumpah kami suka dgn layanan diberi
eh!! Tak, Tak..bukan suka saja tapi

suka giler ok!!
ppfftt!!


maaf, saya tidak dapat nyatakan office depatment mana
cukup bagi saya dapat melepaskan apa rasa dihati ni disini

terima kasih
-eeee!! dah geram giler lah!! terlalu berbudi bahasa sangat-

Sunday, July 11, 2010

End of FIFA World Cup 2010


post sebelum ini
tidak dpt dilaksanakan
kerana si penulis terlalu letih dan line broadband pula tidak memberi kasih syg sepenuhnya
memang terbaik lah.

oh yaa seperti yg dijanjikan
saya menemani si cinta hati menonton movie kegemarannya



saya jarang tonton movie yg berunsurkan kekejaman terhadap manusia
sangat menakutkan!
memang tutup mata saja lah.haha
tapi cerita ini masih mampu utk saya tonton lagi
cara dia bunuh tu memang style

redzuan beri
5 star
*memang lah sebab favourite movie kot

saya pula cuma
4 and a half star
*sbb citer dia sgt menakutkan saya.haha

kemudian, kami tonton eclipse pula
kali ketiga utk saya
dan kali pertama bagi si dia
sampai dah boleh tau dah dialog dia
hahaha
si cinta hati pun beri
5 star juga!!

kan sudah ku katakan, eclipse sememangnya best!! :)



FOOTBALL FEVER

akhirnya, segala tanda tanya sudah terjawap dgn penuh debaran
FIFA World Cup 2010 Winners is SPAIN!!
goal by Andres Iniesta

well done Spain :)

macam-macam ragam.haha


"i hit a car? yes i did!"

haha. how come lah boleh jadi mcm ni
masa nak park kereta
reverse punya reverse
berhati2 nak parking ni *konon2nya lah kan.haha
gara-gara risau takut ter
-hit pasu besar yg berada disebelah kananku
then ada bunyi crash!!
oh damn! hit benda lain pulak
giler gelabah nak mati
tapi nasib baik tak kena marah tau
semua dalam keadaan yang baik2 saja
mahupun bumper kereta si mangsa dan si pemangsa
*apa da ayat aku ni.haha
hey anna. carelessnya kau bawak kereta pagi ni. rotan kang!


meet my girlfriend

rinduku padamu sudah mula ku merasainya
*ewahh ayat.hahaha
hasrat elda mahu aku menemaninya ke salon, terus aku mengatakan "boleh2!! boleh lepak sekali!" hehe.
jadi aku menemaninya hari ni ke salon
elda mahu rambut panjangnya dipotong
ouh. sayangnya babe



*sebelum

saya hanya membenarkan rambutnya dipotong 2inch sahaja
tak sanggup nk melihat rambut elda pendek
saya suka rambut elda yang panjang.
look so ggrrrr.haha
akan tetapi terlebih juga daripada objektif sebenar
dan ini lah hasilnya selepas dikerjakan oleh si pengunting
ouh, banyak juga rambut kamu dipotong syg


*selepas
still nampak panjang lagi, lebih fresh dan still cantik tau
i loikeee!!!

oh.hari ni bukan pergi ke salon saja
kami buat akitiviti beriadah sikit di Sunway Pyramid
tujuan utama nak beli external hard disk
*nak semua citer2 best dari Natasha Azrah. boleh kan yunk?
senyum sampai semua gigi nampak ni.haha*

dan mungkin nak cari cardigan lagi
tapi kami terus serang ke cinema, teman elda tgk eclipse!
fyi, semalam saya menonton eclipse bersama my bro n sis
hari ini bersama girlfriend kesayangan
esok bersama si cinta hati pulak
wah, giler marathon.haha
tgk citer ni berkali2 pun takpe
dan boleh tgk edward berkali2 juga


then, kami makan di Laksa Shack
roti jala dia sedap sangat2 ok!
*favourite minum ptg :)
external hard disk tak dapat beli sebab besar sgt, 400GB dan 500GB saja yang ada
kalau beli juga, memory dah la besar.
bila rosak nanti memang senyum2 ikan lah
takpe, akan ku cari yang lain juga!
saya cuma berjaya beli 1cardigan ni
lucky for me, tinggal 1 pcs sahaja dan saiz saya pulak tu :)
tq elda syg, mata kamu sgt "awas!"
hahaha

sepanjang hari dating bersama elda
dia keep belai rambut dia
masih tak boleh terima kenyataan rambut sudah dipotong
dari mula2 sampai Sunway, sampai nak balik pun masih belai lagi
hahaha,adoi. elda2
but don't too worry babe
rambut kamu masih lagi panjang
not too short tau
lepas ni boleh simpan lagi yaa
take care di UiTM Shah Alam
Natasha Azrah juga tidak dilupakn
sebelum keluar bilik, minum milo gelas besar punya tau
supaya anda cergas dan kuat bertenaga
menempuh tangga2 batu caves =)
you gf



suka.suka.suka!!!

saya sudah memiliki movie kegemaran
-how to train your dragon-

selepas ni saya pasti dapat menatap toothless
apabila saya mahu =)


saya suka tgk citer ni sebab TOOTHLESS
betul2 dah jatuh hati dgn character toothless
director memasukkan sedikit element2 atau sifat2 kucing ke dalam character toothless
dan ia sangat menjadi!

walaupun kau hitam tapi muka kau comel.
mata kau besar
telatahmu sungguh menghiburkan
cute enough ok!!!!




ps : i will miss you yatt!! rugi takde kamu sekali
cepat sangat dh berlepas ke KL
kalau tak pasti lebih havoc keluar bertiga
mungkin hari ni takde jodoh, tapi lain hari mungkin yaa

oh. dan paling tak best, esok harus pulang ke Jengka
=(

Saturday, July 10, 2010

Jengka bukan dihatiku

setelah 2 bulan berkerah tenaga menghabiskan cuti
diriku kini kembali melangkah ke UiTM Jengka semula
bagi menghabiskan sisa-sisa sem terakhirku di sini



rindu bersama teman2ku di Jengka tak payah cakap lagi
memang habis ku peluk ciom semua
meriah habis bila dapat berkumpul dgn gfs kesayangan
macam2 topic yg disembangka
n
seronok, seronok jgk berborak tu
tapi barangku begitu byk yg perlu dikemas
hatiku kuat menebalkan perasaan malas
ku gagahkan juga diri ini di sebabkan cadar hello kittyku sungguh menawan menusuk ke kalbu. ewahhh,haha


oh yaa, aku masih kekal tinggal di blok lamaku
level yang sama tapi no bilik saja yg dah bertukar
kali ni upk ada sistem baru
"junior will stay with senior"
junior di bilik ku itu nama dia sama denganku
cuma ada sedikit perbezaan sedikit
saya "nurul", dia "nur" :)
roomateku lagi sorg, aza
sorg lagi tidak dpt dikenal pasti lagi


ha! ini memang diluar jangkaan
student intake july kali ni terlalu ramai
hampir 3 ribu lebih ramainya
sehinggakan tak cukup penempatan
surau dan bilik tv di jadikan tempat penginapan
sumpah tak selesa
bila tiba saja waktu lunch, kerusi meja kat cafe tu mmg tak nampak langsung lah
apatah lagi makcik cafe di situ
beratur nak bayar bukan main panjang lagi
tggu hampir 15 minit mungkin baru nampak muka makcik cafe tu agaknya.
tak dapat bayangkan bila tiba bulan puasa nanti
wahai kakitangan yang berkenaan, tolong lah figure out something
utk kurgkan kesesakan yg sedang melanda ni
haihhhh


oleh kerana broadband ku ada sedikit masalah
jadi ingin ku lapirkan disini adalah laporan sepanjang minggu pertamaku di UiTM Jengka
selamat menghabiskan masa anda di ruangan ini
terima kasih :')



MONDAY


ini di blok A104
kelas Pn.Hasnizawati, research management.
muka masih berseri-seri
attending our first class kan
cuba kalau dah nk pertengahan sem nanti
muka semua layu je.haha



TUESDAY

di blok J202
Selling's class with Sir.Zahid


WEDNESDAY

ha, ini gambar sgt tak adil
anna and eda missing in action
nak take for another picture boleh terlupa pulak
haiyaaa!
*tgh tggu eda bersiap nk pegi ke kelas RM. bukan ringgit malaysia, tapi Research Management :)


THURSDAY

girlfriends kesayangku


ini hari sgt best!

ketika kelas ENT 300 dgn Pn. Aishah
sudah diberi berita gembira yg boleh membuat hati ku begitu ceria
"there is no class for tomorrow"
semua lecturer ada meeting.weahhooo
apa lagi, habis saja kelas bersama Sir Zahid ni memang ku terus nyah balik ke kl lah

lecturer utk semester akhir ni semua best2
lagi2 Sir Zahid
memang tak sangka dia tu kelakar juga orgnya
kelas bersama Sir Zahid pula pukul 4 - 6pm
nasib baik bila dia bercerita, jenis bercerita yg bersungguh2
kalau tak pasti kepalaku sudah lama menyembah meja agaknya
hahaha


ini muka happy dapat balik sehari awal :)


akhirnya aku tiba di kl pada pukul 8.43pm
lepas tu lepak bersama abg naz, k.anis dan redzuan di kelana jaya
tak terlarat rasanya nak menjamah apa2 makanan
badan ni mahu minta katil saja
-FIN-


THE TWILIGHT SAGA : ECLIPSE


movie yg ditunggu2 kini kembali
cerita kali ni tidak menghampakan kalau dibandingkan dgn cerita sebelumnya
sumpah best giler

Edward Cullen, seperti biasa.
memang sweet habis!
Jacob, sememangnya kau cute :)
the most scene that i love masa edward dgn bella berdua kat rumah edward
SUCH A SWEETEST MOMENT
i loikeee!!!
scene selebihnya memang terbaik lah!
lagi2 part "berperang dgn vampire's army"
style lah Alice
taknak citer banyak, baik korg pegi tgk sendiri

5 Star!!!



ps : next movie, predators. with my love




Monday, July 5, 2010

yaa, memang aku suka!



si penulis sudah berada di
JENGKA
tapi......




broadband celcom ku

line dia memang TERBAIK!!!
ppffftt!!!




akhir kata,
aktiviti berblogging hanya akan dilakukan
apabila si penulis berada dirumah sahaja
-sekian-



Saturday, July 3, 2010

happy face =)


aktiviti yg harus dilakukan sebelum sesi persekolahan bermula
last minute plan, sayang sekali ecam tak dapat serta sekali
kalau ada pasti lebih havoc tau :)
seronok sangat dapat kumpul balik semua sebelum masuk sekolah esok
kecoh jangan cakap lah, hangat bergossip you
hahahaha

at first, kami lepak di Mr.Teppanyaki
lepak, makan2, gossip
aku masih xde perasaan nk makan
sebab perutku mengalami angin ahmar
hahaha


them :)
*saya dan si lelaki missing in action.haha


then, jalan2 cuci mata.
memang banyak yg berkenan dihati
tapi kali ni cuba sedaya upaya agar tidak hanyut dari bernafsu utk membeli
*yes, farhana berjaya bekukan duit dia, nice.

kedai pet lovers mmg membuat duitku kembali cair
bila mak ku berkata "anak kucing yg ditempah sudah lahir"
wah.hatiku berbunga2 sebaik saja terima berita itu
senyum sampai ke telinga
excited nak dapat baby baru kan
so i had buy a pink necklace for my new baby
pink and bling2.hahaha
mama can't wait to see your little cute face hunny. ggrrrr
SOON BABY!!!!

&&

suddenly i saw some hello kitty's stuff
semuanya cute2,auuwwhh!
meroyan balik dah.
parah2.haihhhh
hahaha
note : sayang, they're SO PRETTY. can i have one pleaseeee.. (>,<)

aktiviti seterusnya : bowling
plan dh cantik, tasha pun dh merelakan dirinya utk bermain
kami dah excited dah ni.
unfortunately, we've to wait until 8pm to get available lane for us
8pm?? giler ke apa.
tak cakap banyak, terus keluar cepat2.haha
then kami lepak di SS15
sambung bergossip lagi :)
haha


mereka memang terbaik
happening giler lepak dgn dieorg


wanita kesayanganku



bila dh lepak berhadapan dgn DO DO PET SHOP
memang tak boleh kawal diri ni lagi dah
rinduku pada Momoe dan ChaCha sudah berbunga2
hampir sebulan aku tidak ke sini
habislah, meroyan lagi dah ni
masuk2 je gile kejap dgn elda
sampai main kejar2 dlm kedai tu
tauke kedai tu dh pening dh tgk kiteorg yg rindukan Momoe ni
mampu tersenyum saja
hahahaha

kamu semua pasti ingt lagi al-kisah Momoe dan ChaCha
pada previous post sebelum ni kan
skrg Momoe semakin gemok dan cute
ekor dia macam padle pop kan?
kucing lain ada? kucing lain takde. haha
ChaCha pula semakin membesar
ekor dia pun taknak kalah dgn Momoe jgk tu
kalau tak memang makan hati je tengok ekor Momoe yg sgt yummyyy tu
hahahaa


ChaCha dan Momoe

with Momoe

sweetest couple with ChaCha

dh penat main kejar2 dgn Momoe si gemok ni
ternampak cute jersey ni
sumpah cute sangat!
memang susah nk jumpa jersey for pet kot
lucky for me, cuma ada satu sahaja
tak fikir panjang dah. grab terus!!
no.10 England you!
*dh tak fikir kekalahan England dh.haha


jersey on model by Momoe

Momoe knpa lah kau ni comel sangat!!
kau buat hidupku tidak keruan
kau buat tidurku tak kenyang, mandiku tak lena

rindukan susuk tubuhmu yg menawan. gggrrrr
aku pasti dtg melawat kamu lagi. pasti!!

ouh, hari ni shopping barang anak2 saja
lagi2 nk dpt baby baru
excited terlebih sudah :)


sebab kenapa saya happy sgt hari ni
hang out bersama teman2 dan lelaki kesayangan
dapat necklace utk baby baru
main kejar2 dgn Momoe dan ChaCha. peluk ciom semua lah!
dapat baju baru yg cute sgt2 utk anakku di rumah.winnkk2


WARNING : kepada girlfriends kesayanganku di Jengka, tunggulah kepulangkan ku yaa! rindu kamu semua. rindu sangat2 lah! banyak benda nak bercerita ni :)


Friday, July 2, 2010

budi bahasa budaya kita



bangun pagi, mandi wangi2, pakai wangi2
berharap dapat melaksanakan plan utama hari ni
malang sekali bagi ku
semua urusan tidak boleh diselesaikan hari ni
disebabkan hal2 yg tidak dapat dielakkan
mula2 bila dapat tau memang tak boleh terima kenyataan
dah la badanku letih
tak cukup rehat, drive terus ke JENGKA
*semangat nk daftar masuk bilik baru kan, tolak semua alasan diatas tu :)
takpe, aku boleh cuba terima sebab2 kenapa pendaftaran tidak boleh dilakukan hari ni
pertanyaan yang pertama, ditanyakan kepada org yg pertama
dijawap dengan ok lagi
pertanyaan yang kedua ditanyakan kepada org yg kedua
kali ni memang mahu meletup pun ada!
yaa, aku faham kalian penat melayan kerenah penghuni baru disitu
tapi boleh tolong jaga budi bahasa boleh tak??
letihku tak hilang lagi, drive dari jauh
apa yg ku tanya dibalas dgn sungguh berbudi bahasa
aku
CUMA mahu bertanya utk mendapatkan penjelasan yg lebih lanjut lagi
itu sahaja!!!!
mulutku hampir manis saja nk mencarut2 tadi.ppffttt!!
terima kasih la dengan layanan yg diberikan
sangat terbaik dan cemerlang
mood baikku hilang, seleraku hilang!!
ppfffttt!!



sumpah aku suka sangat hari ni...

macam haram!!



LIFE SAVER FOR TODAY : SHAHRUL FIKRI...

terima kasih kerana beri sedikit ruang utk saya letak barang2 di rumah sewa kamu
kalau tak pasti saya sudah bertukar hijau skrg ni
barang saya tersgt lah byknya.
tak muat nk sumbat sekali kat WAJA tu ahad nnt.hehe

&&

terima kasih sayangku kerana keprihatinanmu

i
you



hello my sweet teddy



oh, i'm too tired! damn tired!!



sakit hati bila si cinta hati keluar bersama teman2 hari ni
nak ikut jgk!!!!!
tapi nk buat mcm mana, satu barang pun tak kemas lagi ni
terlalu banyak barang keperluan yg masih belum dibeli
malasnya. saya tak nak balik hutan lagi.
mahu tak mahu, kena gigihkan juga diri ni
kalau tidak bila nk settle semua kan
takpe, nnt abah upah ice cream
maka, farhana memulakan operasinya pada pukul 3.45pm
dan berakhir pada pukul 11.30pm.
penat nk mati. rasa mcm kena drive kerete manual 4 jam je :)
hahaha.

dan esok mula bertolak ke
JENGKA mungkin pada pukul 8.30am
oh tidak, badan saya tak boleh menerimanya! =(
jgn mataku ngantuk ketika drive nanti sudah la.
mataku wajib berada dlm keadaan yg sentiasa bulat dan berfungsi dgn baik
dh smpi rumah nnt nak bantai tido, tido lah
oh yaa, saya cuma hantar brg dan berkemas saja
lepas tu pulang ke rumah semula
maklumlah, serabut nak kemas masa hari ahad nnt
dan kemalasan mungkin di tahap yg berganda2
saya mahu pulang pada hari ahad tu dgn jiwa yg tenang
smpi bilik saja boleh terus say hello kat teddy2 dan bantal2
hahahaha


itu sahaja laporan buat masa ini
si penulis sudah mahu melabuhkan tirainya

oh lupa, redzuan! i miss you lah
good night readers
have a nice dream


Zzz..Zzz..Zzz...