Sunday, November 7, 2010

Pssstt..



NEW ENTRY

WILL BE UPDATED SOON :)





Sunday, October 10, 2010

candy land


akhirnya!! dapat juga chocolate affair ku.
suka.suka.suka!

kena dapatkan hari ni juga sebab esok pagi sudah berangkat pulang ke Jengka. harus pulang awal kerana banyak report, presentation dan test yang sedang menanti disana. sebelum otak ni kekurangan oksigen, lebih baik buat terapi dulu di Chocolate Lounge. baru gagah sikit diri ni nak ke Jengkafornia. actually dh mengidam lama dh, cuma takde masa nak serang. but today i had time! finally ok. fuhhh! at first nak lunch dgn my sis after dia habis kelas (*yes, hari ahad pun ada kelas ok). then we met at sunway. and? yeah. Fullhouse again. ayoyoo.

BUT! this time the environment a bit different. guess what, someone made a proposal. a perfect proposal ok.!! (aku pulak excited lebih).haha. Chinese couple, his gf maybe tought that "we're just wanna to having lunch here". but, suddenly other things comes up. sumpah sweet, touching saya melihatnya ok. mula2 ingt ada mascot apa2 ke berjalan, bawa balloon ke, sbb ada photographer sekali. sbelum tu si future bride ni terima the bride's bear, her friend give it to her. dia dh pelik n call bf dia. mana taknya tiba2 lesap mcm biskut. then heart pink n white balloon comes. setiap belon mempunyai satu huruf. saya sudah pending jap disitu. one by one kawan dia datang beri jambangan bunga. bukan satu, bukan dua, tapi lebih dari 5. kemudian balloon tadi mereka susun " will you marry me?". si hero muncul dengan jambangan bunga yang lebih besar dan heart box with pink roses, ring and groom's bear inside. so sweetttt!!! habis gelabah si lelaki tu nk propose, berpeluh-peluh.hehe. proposal yang sgt simple, even tempat yang di pilih tak private tapi dengan dikelilingi teman2 rapat, itu sudah cukup indah.
sweett sweet sweett
*ok. cukup2 la. over act sangat dah tu.haha


&&

we can share the sweetest moment with our friends. saya suka cara ni! simple but more meaningful and unforgettable and also SHARE. btw, congrats for both of you and happy marriage ok.


such a sweet guy. fallin love kejap :)

si future bride ni totally unexpected and speechless
nothing to say more, everything already had been show. ouhhh.sweet!!!


The Ballons

cantik!
rasa rugi tak sempat nk capture masa mereka susun belon ni.
sebab saya masih blur lagi di situ.hahaha
..Happy Marriage..



CHOCOLATE AFFAIR

muka puas hati dapat chocolate

yummy.yummy.

can share for 2 or 3 person
but i can finished it all by my own!
*gile tamak haloba kan?haha

my sis, Rozzana yang sengal.

see.. all clear.hahaha


ps : sorry sayang, next time kita makan sama-sama ok. jangan merajuk, tak mau nangis.
nnt i bagi gula-gula seposen eh. haha



balik rumah saja, terus kena "dera" dengan Rozzana. assignment terlalu banyak dan perlukan bantuan segera. bertuah tau dapat adik yang rajin ni. siap juga 4 soalan yang tertangguh tu.
notice : VS yang sudah dijanjikan.hehe



harus tido sekarang
esok perlu bangun pada pukul 8am
mahu pulang ke Jengka
*oh.please don't bring me too.i need rest


GOOD NIGHT.....


Saturday, October 9, 2010

twinkle star


hari ini sepatutnya rehat dirumah saja. akan tetapi si kecil perlu ke "salon". wah2, lawan tokei nampak.haha. mama cuma nak Leela lebih kelihatan rapi dan kuku kamu tu memang wajib dipotong. jadi hari ni ambil ikut pakej terus dan mama off duties
ingtkan mahu laksanakan mission yg sudah lama tertunda, akan tetapi saya dinasihatkan untuk hold plan tu dulu untuk beberapa bulan. sebab Leela masih lagi mengalami proses penukaran bulu. kalau nak warnakan ekor dia skrg. kurang da bomb and hawts you! plus tak tahan lama sebab bulu kerap gugur. hari ni punya la excited nk bagi color baru kat ekor Leela. masuk kedai dengan muka teruja habis ni tapi kena tunda lagi = ( ..so sad.. takpe, satu hari nanti akan terlaksana juga. tunggu saja. aaauwwww2.

selesai hantar Leela, apa nk buat seterusnya?? LUNCH!! yaa, kami lunch pada pukul 4.30pm. sumpah lapar sangat ok. sementara menunggu Leela, kami lunch di Fullhouse. again?? yes! again. mcm dh jadi port rasmi pula. haha. hari ni saya pilih utk menikmati alfredo spagetti. *jadi my fav choose lepas ni. sangat jatuh cinta ok. oh, kami bukan lunch saja. sempat berwindow shop. tapi bakar duit juga akhirnya. haha. bukan saya saja, si lelaki pun bakar duit juga yaa :) tapi sumpah cantik you pilih sayang. bila nk rasmi? haha. dan lagi satu saya cukup frust! saya masih tak dapat apa yg saya inginkan lagi, kesuntukan masa. dah lama sangat mengidam ni weyh!! please save me before its too late!! fruits dipped in the bowl of hot melted milk chocolate. ouhh pleaseee.....



otw, going home. kesian kamu duduk dalam carrying case di belakang saja. tgk dah mcm kurg dapat kasih syg pun ada. tapi kan,setiap kali di dalam kereta , kamu duduk diam saja. kalau kat rumah mcm ni kan elok.hehe. takde la kepala tu pening2, langgar kerusi meja kat rumah tu :) sangat berbeza dgn usia Leela ketika 1 month. and now you already 5 months. sampai telinga tu tersorok. sekarang? jelas lagi nyata tau. haha. cepat habis tempoh penukaran bulu ni. tumbuh balik cepattt!! saya rindukan usia yg sebulan itu : (

ps : sangat selekeh hari ini. terima kasih



a big thanks to my hunnybie

awak peneman saya yang terhebat
awak sentiasa ada disisi saya
terima kasih kerana tak pernah jemu meluangkan masa bersama saya
sayang awak sangat2 ok dan Leela juga



Wednesday, October 6, 2010

silent feelings

adakah aku cukup menghargai dia? apa yang aku patut lakukan untuk jadi yang lebih terbaik buat dia? aku sekadar seorang insan yang lemah dan aku masih tidak cukup sempurna untuk dia. dia yang aku maksudkan adalah insan yang berjaya mencuri hati kecilku ini dari terus terluka dek kerana kenangan pahit yang pernah berlaku dalam hidupku. kenangan lepas usah dikenang kembali. aku harus pandang kehadapan dengan senyuman kebahagian. aku cukup berterima kasih kerana kehadiran dia sangat bermakna dalam hidupku. aku merasakan seperti diriku kembali bernafas semula. dia cukup membahagiakan, dia cukup mengambil berat mengenai diriku. pendek kata, dia begitu penting dalam hidupku. jika suatu hari nanti dia tiada disisiku, adakah aku sanggup meniti hari yang mendatang? sayang aku padanya tidak dapat lagi diungkapkan dengan kata-kata. terlalu sayang. cuma, satu yang ku pinta. aku tidak mahu diriku terus disakiti. hidupku cukup trauma untuk disakiti lagi. lumrah suatu perhubungan, pasti ada pergaduhan. aku tak tahu untuk berkata apa lagi. adakah aku terlalu manja? adakah aku terlalu mahukan perhatian darinya? apa yang berlaku hari ni cukup menyentuh perasaanku. mungkin ia perkara biasa. tapi ia kerap berlaku. sesungguhnya aku tidak suka seseorang itu memberi alasan yang terlalu banyak kepadaku. cukup sekadar satu, itu sudah memadai. tambahan pula, aku tidak menyangka dia boleh berkata sebegitu kepada diriku. aku mahukan hubungan yang berkekalan hingga ke akhir hayatku. aku terfikir sejenak, jika sekarang perkara sedemikian berulang kembali dalam tempoh alam rumahtangga kelak nanti, adakah aku mampu bertahan dalam tempoh masa yang lama? yaa..aku tahu setiap orang pasti tidak lepas dari melakukan kesalahan. begitu juga dengan diriku. setiap orang pasti ada kekurangan masing-masing. cuma kali ini, aku tidak pasti adakah aku mampu menempuhnya lagi. kita harus menerima setiap kekurangan yang ada pada seseorang itu. aku juga seorg insan yang lemah dan banyak lagi kekurangan yang aku harus perbaiki lagi. aku mahukan hubungan yang tulus. ntahla.. sekarang ini aku hanya bermain dengan perasaan aku sahaja. mungkin aku patut berdiam diri saja dari berkata-kata. aku tidak mahu bermain dengan kata-kata. silap langkah, boleh membinasakan diri. mungkin aku jenis suka memendam perasaan. tapi bila tiba masanya, aku pasti bersuara. kerana ini adalah aku.



Loves,
Nurul Farhana

Sunday, October 3, 2010

=D

hello readers..
i'm back!! miss me? hehee :)
sorry, so busy lately

biasa la. ini lah lumrah hidup sebagai student. masih cuti beraya lagi pun tangan ini rancak memegang pen, kertas, buku dan blablabla.. tapi faham2 je la. seminggu beraya mood raya tumasih segar dalam jiwa kecilku ini. tak pernah aku serajin ni. hairan kan? asal cuti je, memang jangan nak harap nak pegang buku waktu2 cuti. memang senyum-senyum kerang la. tapi kali ini tidak. sesungguhnya aku rajin dan bersungguh-sungguh untuk cuba menyiapkan assignment yang sudah diamanahkan. wah, sungguh penuh berdedikasi you.haha. well..well.. harapan tinggal harapan. sehari dapat bertahan 3 atau 4 jam sahaja. selebihnya buat apa? makan, tido, tonton rancangan di tv, geledah bekas kuih raya, dan blablabla juga la. boleh siap sebelum pulang
ke jengka?? sudah ku kata, itu semua HARAPAN. atleast buat juga ok. hahaha

too much assignment lots of quizzes and test

sehingga ke hari ini, jadual harianku hampir penuh. blog?? facebook?? semua ku tolak ke tepi. setiap hari jumaat balik rumah, ahad pulang ke jengka semula. weekdays saja waktu rehat ku. minggu ni waktu rehatku tidak cukup. 2 assignment IB hantar pada hari selasa, khamis presentation, jumaat quiz IB. next week pula test Selling dan International Business, report Research Methodology, presentation IB. seterusnya test RM, report ETR dan presentation ETR. ayoyo. berdenyut-denyut kepala ni. dan jadual Final exam sudah keluar. aku mahukan rehat yg lebih boleh? cuma ini saja pinta ku. :(




Business Society Dinner
Theme : One Night In The Garden


BMD6GC 'classmate

puas hati dgn outfit kali ni
puas hati la juga walaupun kekurangan beads dan tak dapat cari color fabrik yang diinginkan tapi tetap suka tau dgn pink color ni :)
sbb 100% buat sendiri kot!
cari la kat kedai atau butik mana2.
takde jual ok.
dah cantik2 ni (cantik ke?) berangan nak minta redzuan jemput dgn kereta kuda putih.
auuwwww2. memang kuat berangan la aku ni kan. hahaha. kalau dapat for real, pasti aku gadis bertuah sekali. (ewah, ayat nk lebih.haha)

tak mahu byk cerita, korg lihat saja gambar ini yaa.
selamat menjamu mata :)




erkk?? no comment...

girlfriends kesayangan yang masuk air habis :)



scene : perang sesama 'isteri' Ahmad Farid. haha


diana pun nak juga.haha

si lelaki :)


HELLO SATURDAY


i have a great weekand. and i hope you've same too :)


berhasrat nak serang 3 restoran. tapi dapat satu saja.
nak tau kenapa kami bersungguh-sungguh nak buat hari sabtu kami kali ni sebagai hari makan sedunia, ini kerana saya terlalu stress utk minggu ini dan minggu yg akan dtg ni.
terlalu byk tekanan. kesimpulannya, makan, shopping adalah penawarnya.
alasan tak dpt serang 3 restoran??
kami tgk movie dan shopping
plus kena pulang awal :(
hasilnya, Charlie st. cloud dan 2 tops yang sgt cute

(dari lari dari motif sebenar)
haha. kami memilih utk lunch di FullHouse cafe
makanan memang terbaik!
harga sangat berpatutan ok!
patut dtg sini lagi
saya nak blueberry cheesecake :)





brownies yang sgt yummy!!



4 star





thanks for such a wonderful day sayang
i've enjoy every seconds time with you
nak hari2 mcm ni boleh? ♥
next time kita serang 3 restoran yg dikehendaki tu yaa :)


ps : gtg. pulang ke jengka
adiosss!!

Wednesday, September 8, 2010

green light

thanks sayang,
for this 2 days :)

my mom loves you



Tuesday, September 7, 2010

memories


keletihan yang sungguh menguasai diriku semalam
sehinggakan tidak dapat mengagahkan diri untuk meninggalkan coretan di halaman ku ini
pulang dari majlis berbuka puasa bersama teman2 terus masuk shift
baked cookies with my mom
then, dah siap terus melabuhkan diri
maaf sayang, sampai tertido pegang phone i msg dengan you
hehe

***

al kisah malam semalam,
berbuka puasa bersama ex-smkb 2006
sumpah havoc habis
bila dah jumpa teman lama yang jarang2 nak jumpa ni memang banyak benda yang mahu dikosongsi bersama
macam kedai tu kiteorg yang punya lah
semua amik peranan jadi bos kedai tu.haha
sayangnya, tidak semua yang dapat hadirkan diri
atas sebab masih belum cuti lagi, test, dll.
semeja dengan teman karib kesayanganku, merangkap best friend since we're in high school
Akasyah, Fadzilah & Hairul Azwan
aku tak tau kita bercerita dah sampai ke planet mana dah
orang lain baru nak naik kapal
hahaha.
gelak tawa jangan cakap
meja kami paling champion sekali.hehe
nak cerita kat sini memang sampai ke sudah tak habis2,
too long :)
but the best moment bila kita cerita kenangan dulu
dan masing2 pending kejap sebab nak recall balik
lagi2 Fadzilah. pending habis la kau babe.haha
dari aku amik kau kat rumah, sampai aku hantar kau balik rumah
Fadzilah. Fadzilah. hahaha

&&


paling tersentuh sekali
walaupun jarang contact atas kesibukan masing2
sampai tak tau kau guna phone number yang mana satu
bila aku call rumah kau....
Anna : hello, assalamualaikum. boleh saya bercakap dengan cik Fadzilah?
Dila : waalaikumsalam, ye cik Anna. nak apa?

OMG! straight away she call my name
she still can recognize my voice!!!
even kami jarang contact, hanya contact di fb
kau masih ingat lagi suara aku yang tak berapa nak lunak merdu ni
terharu kejap babe!!!
i love you so much tau!!

DAN INI ADA BEBERAPA PESANAN YANG INGIN DiBERIKAN


kepada bestie kesayanganku yang sorg lagi ni
Syamirul Faiz
sumpah rindu giler dengan kau weyh!
aku dah makin kurus sikit, kan? kan? haha
lepas raya kita dating ok!
wajib tebus balik sebab tak dapat nak borak sangat
dalam kereta je kita borak
tu la, sapa suruh duduk jauh2 dgn aku.hehe

dan wahai Akasyah ku sayang
kau masih berhutang lagi dengan aku
nasib kau kali ni baik
limau yang ku minta dari tuan kedai tu tertinggal di meja
kalau tak memang habis kau kena dengan aku
dendam 5 tahun masih tak terbalas lagi!
so lucky la you
takpe, kau janji raya nanti kau nak sediakan orange utk aku kan? kan?
aku pegang janji kau babe! haha

thanks to my bestie, Hairul Azwan sebab sudi jemput yaa :)
ikutkan hati tak dapat nak hadirkan diri disebabkan hal2 yang tidak dapat dielakkan
tapi yan, aku datang juga sebab aku sayang kau
pandai kau ugut aku kan. ayat mati dah kat situ
aku dah tak boleh lari mana lagi dah
nice step babe. haha

ha, ini paling tak best
saat nak amik gambar
camera ku kehabisan battery, phone pula buat gila
ayoooo! spoil lah!
jadi tak dapat nak tunjukkan gambar disini
Bino, cepat2 la upload gambar ok
saya menungguuuu...


Sunday, September 5, 2010

great moved


mood shopping tidak begitu membakar diri ini
mahu tahu kenapa....
baju raya? semua sudah siap dibeli
kasut? masih ada beberapa pasang yang baru guna sekali, yang tak guna lagi pun ada.
jadi takde apa2 lagi yang diperlukan untuk raya ni

shopping raya kali ni kami ke Mid Valley
shopping sangat ke?? haha
minggu terakhir shopping, ramai tu jangan cakap la
semalam beli barang2 make up yang hampir kehabisan
niat mahu beli compact powder & foundation.

then fikir nak tambah lagi koleksi lipstick ku di rumah
kali ni pilih color yang more neutral and more the based one
sangat cantik. suka


Redzuan pula mahukan sepasang baju melayu
hbis semua tempat kami redah
tapi susah nak jumpa color baju yang dicari
akhirnya jumpa! rasa penat berjalan tu ada sedikit berbaloi dah
color dah cantik. fabrik ok. harga pun ok
AKAN TETAPI

takde saiz! ayoyo. migrain dah
tanya abg promoter kot2 ada lagi stok dlm stor
dia jawap : maaf, xde lagi la cik. yang kami display itu sahaja yang tinggal
ok. muka hampa di situ, letak balik terus blah.
takpe, nanti i teman you cari yang lain ye sayang
jangan nangis. jangan nangis. haha

tgk jam masih awal lagi
nak smbung shopping pun tak tau nak arah ke mana
dua tempat jadi sasaran kami
cinema & bowling. hehe


===>

ini khas untuk Redzuan,
i bukan apa. tapi malas la nak cakap
hakikatnya...
sayang baik practice dulu bila nak main bowli
ng dgn i
i dah bosan la asyik menang je
tak terkira dah kali ke berapa i menang ni
semua game i balun you habis-habisan
tapi game kali ni memang you tersungkur habis la :)
cuba you fikir yaa
berapa byk cup BR you dah laburkan untuk i
i rasa ada juga you laburkan satu kedai tu nanti.hehe
*ewah. riak jap ni.haha



dari awal lagi nak tgk citer ni
tapi last week betul2 takde masa
overall movie ni sangat best!
all the dancer ada talent masing2
sangat kagum tgk tarian dieorg
super duper awesome you

4 and a half star

***

sejam lagi nak berbuka sempat lagi sambung shopping
wah, kali ni Anna memberi tajaan bekas kuih raya
sangat cantik dan tengok harga pun sangat berpuas hati
memang rembat terus, taknak fikir panjang lagi dah
nak cari set gelas, tapi takde pula yang berkenan
dalam sibuk2 mencari dari satu rak ke satu rak,
Redzuan sempat pula berbisik :
kita ni mcm dah berkeluarga dah
shopping barang rumah sama2
mcm shopping untuk rumah kita pula kan sayang?

comel pula kau berkata begitu kan Redzuan
tersipu2 kejap tau. haha.blushinggg

kan sudah saya kata kan. ramai org dan nak berbuka pun sesak
nasib baik kami buat reservation awal.
kalau tak gigit kuku je la.haha
ramai yang beratur di luar menunggu giliran
kami masuk2 je makanan dah menunggu
jangan jealous yaa :)

thanks sayang,
sudi menjadi teman i untuk hari ni
tolong carry barang semua
dan thanks again
sebab belanja i ice cream
lain hari belanja la banyak2 lagi. ok?
(>,<)


kau rasa entry kali ni panjang?
atau kau tak suka baca?
officially ini blog aku dan suka hati aku la nak tulis apa
kau jangan kesah. ada paham ka?

Sunday, August 29, 2010

Raya Oo Raya


alhamdulillah..

masuk hari ni dh Ramadhan ke-19 kita berpuasa
Syawal makin menjelma tiba
ramai umat islam yang sibuk "menyerang" shopping mall utk membuat persiapan Hari Raya yang bakal menjelma tidak lama lagi ni
AMARAN!!

tegas diingatkan di sini
beli yang hanya diperlukan sahaja
jangan memborong ikut hawa nafsu
dan melakukan pembaziran yang memang tak masuk akal
akan membawa padah nanti yaa
*ok, dah macam buat pesanan iklan tajaan dari mana dah ni
penggunaan bahasa pun hancur.haha


semalam saya dan my sis pegi ke Shah Alam
tujuan utama nak bershopping
ramai tu jangan cakap la
biasa la mood raya dh makin membakar diri kan
habis 3 mall kami redah
Alam Sentral, SACC Mall, PKNS
tapi tak membuahkan hasil
apa dapat? penat je dapat
bukan takde satu pun yang menarik perhatian kami
memang ada, tapi harga tak masuk akal!
yang selebihnya very old season
mana peginya baju yang cantik2 n very up-to-date ni??

ha, ni lagi merepek
kami jumpa satu baju kurung ni
kain plain chiffon dgn design beads yang simple
harga dia mencecah RM1k++
RM1k++ i tell you
utk sehelai baju kurung yang simple???? not worth it!!
sapa beli memang tak sayang duit
boleh dapat 3 helai baju kurung yang vogue tau!
kalau design dia cantik, berkualiti and ada uniqueness dari design lain
berbaloi juga la nak bayar
ni apa dapat utk si pembeli??

think twice yaa





ps : baik sedekah kat rumah anak yatim. dapat pahala

Wednesday, August 25, 2010

Back to Basic

Hello readers..

glad to be back in action again.haha
lately ni memang busy sangat2
sampai takde masa nak facebook & menulis coretan di blog
al maklum lah, busy dgn presentation project, test yang bersepah sana sini
habis kurg oksigen otak jap
memang letih sangat
nasib baik presentation tak kena komen sgt, semua ok
cuma ada sedikit pengiraan yang perlu diperbetulkan
walaupun masuk kelas lewat 3 minit dan kena jadi first presenter
wow! best giler kot. mcm haram!
penat bermarathon tak hilang lagi
tak sempat nak melabuhkan punggung di kerusi terus kena present
bagaikan aku ini mcm anak kecil yang baru berusia sebulan dh kena suruh berlari satu padang
ayoyoyo
memang teruk presentation aku kali ini
ingt balik kejadian tu, memang nak gelak pun dah
dah habis gelabah macam makcik senah dah.haha
pasal test pula eh?? hummphhh....
terima segala kemungkinan yang akan bakal ku terima nanti
yang pasti sudah berusaha. kan! :)



HELLO BIG BROTHER
HAPPY 25TH BIRTHDAY




wah, dah makin besar dah abg aku ni :)
ehem..adik kecik ni nak ucap kat abg yang besar,
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki
bahagia selamanya dengan tunang kesayangan
full with color of happiness ok
we always LOVE you
*hug and kisses

nak hadiah dari adik kecik ni??
tunggu bila tiba hari bersejarah anda ok :)
special gift.big present punya. tungguuuu
hope you'll like it
*kalau tak suka, aku merajuk seminggu.hahaha


&&

HAPPY 1ST ANNIVERSARY

Natasha Azrah Ikhwan Jaafar
...sweetest couple ever...



aaaauuuwww..dua merpati sejoli ni tak sangka tarikh kebesaran anda sama dgn my brother's birthday
dan tak sangka juga masa berlalu dgn pantas
pejam celik, pejam celik dah genap setahun dah mereka ni
mereka ni cute couple. favourite gue ni
jodoh sampai kahwin ok!
mari kita doakan kebahagian utk mereka. AMINN!!!
*kuat sikit amin tu eh. ha, macam tu. pintar kamu :P
Natasha Azrah, kalau nak hadiah kahwin besar pastikan saya dpt meja VVVIIPPP tau
hahaha

wish you guys will have for next 99th anniversary.wah!
but, the most important is be the best partner and lived together with full of happiness
FOREVER and EVER
wah.gitu tau.suka mak :)




sayang, i mintak maaf dgn kekurangan yang ada pada diri i ni ok
i always love you
maaf diterima kan? (>,<)



Tuesday, August 10, 2010

happy fasting month


i'm too busy right now
this week i have to do a presentation for entrepreneur project
marketing manager will present about the market share, sales forecast, marketing strategy and the main competitor.ayoyo

fyi, my paperwork still not complete yet
the presentation will be held on 13 August
&&
i'm still not done with those research thing that i'm gonna to apply in my marketing plan
i just can ensure that i've just done my work 40% only
so many thing that i have to finished up
busy.busy.busy

&&

next week i have 2 test
research methodology : 19 August
International Business : 20 August
how cool huh??

*take a deep breath anna.
breathe in....breathe out..good

sumpah stress weyh
but i'll take as a challenge
biasa la student
kalau tak serabut dgn assingment, test, project
bukan student tu namanya. ye dak?
hahaha





SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN
AL MUBARAK



semoga amalan ibadat kita diterima dan mendapat rahmat dari yang maha esa
sambutlah bulan Ramadhan ini dgn keikhlasan dan kesyukuran
rebutlah setiap peluang yang ada pada bulan Ramadhan yang mulia ini hendaknya


SELAMAT BERPUASA :)

Monday, August 9, 2010

080810



CUCI THE MUSICAL 2
totally blast!





watched teater with my sis and bro
sumpah best giler ok
Awie, Nabil, Hans Isaac, Afdlin, Vanidah Imran, Jaclyn Victor, Harith Iskander
semuanya talented dan menghiburkan
extra credit goes to Awie & Afdlin Shauki!!!
character "Jojo" dihidupkan dgn jayanya oleh Awie
watak Jojo cute habis tau
lakonan Awie memang hebat dan menghiburkan
Nyanyian Afdlin sangat mengkagumkan
dah rasa macam Adibah Noor dah.hehe
Nabil jangan cakap lah
banyak gelak je kat pentas, sampi tak boleh nak cover lagi dah.haha
even this is the first time utk Nabil & Jaclyn terlibat dalam teater,
tapi mereka sangat talented
keayuan dan lakonan Vanidah Imran sgt terpesona
overall, teater ini memang superb habis
lakonan dieorg sangat spontan
sampai kami semua rasa nak join dieorg je kat atas pentas tu skali.
hehe
we really had fun. LOVE it!


10 star you!!!


Saturday, August 7, 2010

good to be home


6 August, Sunway Pyramid

terlalu letih sangat2
tak larat nak berblogging semalam
tapi akan ku update semuanya hari ni

ha.ini minggu rutinku kembali beroperasi
minggu lepas tak balik sebab perlu menghadirkan diri ke program BTN yang sememangnya aku taknak hadir.nasib baik ceramah 2 jam sahaja.ok, suka sikit kat situ :)

balik kl minggu ni terus serang sunway
nak beli rumah baru utk Leela :)
best! dapat discount lagi. thanks Pet Lovers Centre
pasti aku membeli-belah lagi di situ ♥

sebelum balik rumah, kami sempat melakukan aktiviti beriadah sikit
dari hari tu lagi tunggu movie ni keluar
booked awal 2 hari yauwhh!!
giler excited nak tgk si beauty, Angelina Jolie ni
she's damn HOT!!!

sanggup tunggu 2 jam nak tgk citer ni
window shopping best
tapi tu lah, tgh takde perasaan nak beli skrg
adakah aku dah semakin tak normal skrg? ayoyo
eh! jgn lupa diri yaa cik anna
kamu tu ada beli accessories yang cute ok :)
accessories sahaja tau. *padahal tak dapat cari baju yang aku idamkan tu.
bernasib baik je kali ni.hahaha

then kali ni saya dan si dia pilih utk lepak kat Secret Recipe
dapat oreo milkshake fav
yummy.yummy.yummy
rasa tak cukup je order segelas. :)
sedap sangat weyh! kat jengka takde jual.hahaha




movie ni best TAPI ada certain part yang aku tak berapa nak suka.
siapa yang tgk citer ni pasti tau part yang mana kan
ok.habis di situ.
tak sabar nak tunggu SALT 2, maybe
harus lah ada sambungan dia kann


4 and a half star

***

anna kata : you mesti meroyan bila jumpa Leela i nanti kan?
redzuan kata : *dgn buat muka sombong lagi bongkak, xdenya nak meroyan. i relax je. tak heran pun
anna kata : amboi, giler kerek kau kan. ok, kita tunggu je bila sampai rumah i nanti
redzuan kata : ok. *sambil buat muka lagi tu.


fyi, setibanya di rumah. si dia la paling meroyan habis!!
nampak Leela je dah kata "COMELNYA!!"
siap je pasang rumah Leela, terus peluk Leela
mcm tak mau lepas pun ada.haha
ok.dah meroyan habis kat situ
kau koya unta la redzuan!


Introducing my new babyborn! LEELA ♥
the best birthday gift eva!!

Leela dgn rumah baru dia.
nanti mama tambah toys lagi ok? :)


Leela sangat aktif ok. tak reti nak duduk diam
berlari ke sana sini
semua tempat nk explore
haishhh.hehe


ouh! cute enough ok!
makan banyak2 tau. mama nak tgk Leela gemok dan sihat!

i you
*kepada kakak2 ku. sila pronounce nama dia dgn betul ok :)


then, ada jejak kasih pulak kat rumah
si dia jumpa cikgu sekolah menengah dia dulu
cikgu dia tu adalah one of my auntie.haha
betapa keciknya dunia ni
mesti peliknya kenapa my auntie ada kat rumah aku kan?
sabtu ada kenduri sikit kat rumah
jadi my mom pun ajak redzuan dtg ke rumah sabtu ni
wah.suka kau. makin menghampiri ke lampu hijau :)
hehe
datang awal tau redzuan, byk benda saya nak buli awak ni.haha



7 August, home sweet home

hari ini hari utk membuli redzuan secukup-cukupnya.yeayy!
tapi my mom and my auntie asyik kata,
"tak baik buli, dera anak org. dia kan tetamu"
&&
"haihh, kat dapur pun nak gaduh ke"
adoi..tapi peduli apa. kan mesra tu.haha
anyway, thanks sayang for today
sampai ke malam kamu ada di rumah teratak ku ini :)
makin bulat la kau stay lama2 kat rumah ku
mak aku suruh makan je.haha

i love you redzuan



ps : next station, Istana Budaya "Cuci The Musical 2". aauww

Monday, August 2, 2010

emergency call.911


i've just got phone call from my mom

she told me that Leela is ready to take home TODAY!!!
but i wouldn't let my mom to take Leela right now
until....i get home this friday and take Leela by my own
ouh..!! can't wait baby!!

sumpah aku meroyan kejap
saat yang ditunggu2 telah tiba
nak bersorak kuat2 boleh? haha

hadiah hari jadi yang ku idamkan selama ini
akhirnya menjadi kenyataan

thanks mom, this is the best birthday present that i've ever had
i
you mom!!



esok ada quiz International Business
xde perasaan nak study. haha
belajar rajin2 yaa cik anna
ayuh gagahkan dirimu
jangan malas.rotan kang! :)



GOOD LUCK BMD6GC


Monday, July 26, 2010

new family member


tak sampai sehari aku sudah mula merindui anak2ku di rumah
puas semalam bermain dgn mereka
mandikan mereka
tapi alih2 dgn mama dia sekali kena mandi
yela, berapa ekor semalam aku kerjakan dlm bilik air
hehehe

mama nak balik Jengka, jadi anak2 semua kena wangi lebih tau!!
bukan harus lagi dh, tapi wajib.
haha

kami ada ahli baru
my bro ada adopt seekor kucing ni

sangat kasihan nasib dia
serba kekurangan dan tiada arah

pelik juga my bro yg buat kebajikan terhadap kucing

sebenarnya susah tau nak tgk dia mcm tu.pelik2
yang hebat sekali, kucing terbiar ni kan tak biasa dimandikan

tapi bila saya mandikan dia tak banyak ragam, dan mudah nk diuruskan
skrg ni dia dlm proses nak membiasakan diri dgn environment baru
dan family baru!!
my mom bagi nama Comel
sebab mata dia sgt besar dan bulat!
ggrrrr
*we will have such a great time together :)




Comel
welcome to our family





ps : 3 post berturut2 pasal kucing. bosan? suka hati aku la nak tulis apa. blog aku, suka hati aku lah. ada aku kesah?? sikit pun tak kesah weyh :)

Saturday, July 24, 2010

sweet candy


DO DO PET SHOP &
PET LOVERS CENTRE, SUNWAY



kenapa glamour sgt Do Do Pet Shop di blogku ini yaa??
sebab saya rajin ke sana kerana Momoe dan Chacha :)
sambil beli barang boleh melawat si gemok yg yumm
y tu sekali.hahaha
tapi hari ini mereka tidur di dalam sangkar dgn lenanya
kena kacau pun tak diherankan langsung
penat bermain lah tu

oh yaa, saya cuma beli apa yg diperlukan sahaja
habis bayar kacau Chacha sekali lagi.hehe

miss you Momoe and Chacha!

then terus shoot ke Sunway Pyramid
kali ni tak serang Charles & Keith dulu tau
tapi serang ke Pet Lovers Centre terus
aauuwhh :)

shopping kali ni best, dpt member card plus dpt discount lagi

i loikeee!!!

then, kami lunch di Laksa Shack
dapat makan roti jala lagi
suka =))
--off diet--

ha,dan ini berita baik.
hari ini Farhana berjaya control nafsu shoppingnya
walaupun "sale" & "season clearance" kian meriah di sana sini
hebat la Nurul Farhana
cuma beli barang yg on the list saja
beri tepukan sikit..eh!
bukan sikit, tapi tepuk banyak2. kuat2 tau!!! hehe
*pasti ibubapa ku berbangga dgn ku.hahaha


*we have same interest*
terima kasih kerana sudi melayan kerenah saya
sayang awak sangat2 tau :)




dan ini lah hasilnya setelah penat memborong
tq Redzuan sebab tolong angkat semua barang2 ni
kalau angkat sendiri memang tak larat
berat dan banyak juga lah
tapi saya tolong angkat jugak eh!
tolong angkat yg ringan2 saja.haha
nanti saya upah milo ais tau.tau :)

hari ini cukup indah
segalanya berubah kerana Leela
senyumanku tidak merungut penat
tambahan pula shopping barang2 utk Leela
hatiku kian berbunga2
bagai berada ditaman bunga indahnya
aauuchh



ps : tq for today my sweetie. i love you



LEELA oh LEELA ♥


extremely excited OK!!
(>,<)



i've just meet my baby, LEELA
how fast you grow up baby
so adorable!!!

but i will not take her right now
until she ready to eat food by herself
ouh. cute! cute!
*sawan meroyan dh melanda diriku
over sgt ke? xde kan.hahaha

oh, harus shopping barang2 utk LEELA ni
gggrrrrr


gambar LEELA akan dilampirkan setelah LEELA sudah berada di rumah saya, tunggu..
surprised! surprised!
aauwwhh :)



dear LEELA, mama already missed you



mood : off to pet shop with Redzuan


Saturday, July 17, 2010

entrepreneurs ♥


semakin hari, semakin sibuk
itu sudah menjadi lumrah kehidupan sebagai seorg pelajar
tapi kali ini ada sedikit mencabar
entrepreneurship's project kini sudah bermula
lecturer sudah mula mencabar kebolehan yang ada pada diri ini sebagai "business student"
dan segalanya akan diuji dari pelbagai aspek



CREATIVE AND BRILLIANT IDEAS IS NEEDED
-work smart to make it works-


stress, stress juga
bergambar takkan terlepas punya.haha
aktiviti yang wajib dilakukan bersama girlfriends kesayangan :)
semester akhir ni kena lebih aktifkan lagi aktiviti bergambar
kalau boleh nak bagi semua memory handphone, lappy, external, pendrive FULL dgn gambar kami lah

*ha, ok. sudah over di situ.haha




meet my girlfriends
at UiTM


me and diana

during ENT 300 class
lecturer tgh buat discussion dgn group lain
kami buat hal lain pulak :)
mentang2 dah ada idea yg hebat utk project etr *kononnya.haha
goyang kaki saja
tggu turn utk dinilai dgn Pn.Aishah


ika, eda and fasha

mereka ni semua sememangnya masuk air!
lagi2 eda, gila dia semacam
masuk air habis! hahaha
jangan main2, semua ni manager tau :)


muka2 tekanan selepas project kami dinilai
kurang innovation
should come out with more brilliant ideas
fikir..fikir..fikir..tsskk
ps : apa yang kau berangan ni diana. fikir project la weyh.
siku kang



yang ini ada keliruan sikit
stress ke apa ni??haha
susah nk control dieorg ni, hyperactive
terutama yang tengah tu
dah la pegang jawatan yg paling tinggi plak tu
gayat aku tengok
FOCUS! FOCUS! stress aku tau tak.haha


minggu ni pulang lagi ke rumah
nak kata homesick, yeke?
rasanya tak kot sebab itu memang rutin mingguan ku
kalau tak balik pasti dah kena sawan agaknya
sawan meroyan.haha
*suka hati aku lah nk balik tiap2 minggu, ada aku kesah? :)

tapi kali ni balik kena buat kerja sedikit
perlu berjumpa dgn Pn.Julaiha (my sis's friend)
to do some research about my project
selamat meluangkan masa anda yaa k.aa
jasamu akan ku kenang nnt
*ewahh.melebih sudah.haha


akhir kata,
kepada gfs kesayangan
GOOD LUCK with our project
*itu je yg mampu nak ucap buat masa ni.haha
adeosamigos



ps : redzuan sabidin, from now on during etr class u're my competitor. Who can be the best? we will see. aauuchh :)

Wednesday, July 14, 2010

A.B.C. cikgu!

ATTENDING KELAS MENGEJA


memang sabarkan je la
saya, diana & ika pegi ke office
kami nak ambil borang
agak sesak sedikit sebab ramai student sedang berurusan di situ
dan kami pun tercari2 "the right person" utk dapatkan borang tu
biasa lah. dah tengah ramai
tak tau nak tanya kat sapa
jadi jumpa seorg ni, terus kami BERTANYA dimana kami boleh mendapatkan borang tersebut
alih2, terus diajar mengeja dgn lantangnya ok
ibaratkan seperti cikgu sedang mengajar pelajar darjah satu di dalam kelas
kuat, jelas dan lantang
supaya semua pelajar di dalam kelas dapat beri perhatian sepenuhnya

kami cuma bertanya tapi dibalas sebegitu rupa
dah la ramai, segan tu jgn cakap lah
dah kami tak tahu, jadi tanya lah kat sesiapa pun yg ada di situ
sebab kami bukan org yang bodoh sombong
bertanya pun salah ke???
sumpah kami suka dgn layanan diberi
eh!! Tak, Tak..bukan suka saja tapi

suka giler ok!!
ppfftt!!


maaf, saya tidak dapat nyatakan office depatment mana
cukup bagi saya dapat melepaskan apa rasa dihati ni disini

terima kasih
-eeee!! dah geram giler lah!! terlalu berbudi bahasa sangat-