Wednesday, October 6, 2010

silent feelings

adakah aku cukup menghargai dia? apa yang aku patut lakukan untuk jadi yang lebih terbaik buat dia? aku sekadar seorang insan yang lemah dan aku masih tidak cukup sempurna untuk dia. dia yang aku maksudkan adalah insan yang berjaya mencuri hati kecilku ini dari terus terluka dek kerana kenangan pahit yang pernah berlaku dalam hidupku. kenangan lepas usah dikenang kembali. aku harus pandang kehadapan dengan senyuman kebahagian. aku cukup berterima kasih kerana kehadiran dia sangat bermakna dalam hidupku. aku merasakan seperti diriku kembali bernafas semula. dia cukup membahagiakan, dia cukup mengambil berat mengenai diriku. pendek kata, dia begitu penting dalam hidupku. jika suatu hari nanti dia tiada disisiku, adakah aku sanggup meniti hari yang mendatang? sayang aku padanya tidak dapat lagi diungkapkan dengan kata-kata. terlalu sayang. cuma, satu yang ku pinta. aku tidak mahu diriku terus disakiti. hidupku cukup trauma untuk disakiti lagi. lumrah suatu perhubungan, pasti ada pergaduhan. aku tak tahu untuk berkata apa lagi. adakah aku terlalu manja? adakah aku terlalu mahukan perhatian darinya? apa yang berlaku hari ni cukup menyentuh perasaanku. mungkin ia perkara biasa. tapi ia kerap berlaku. sesungguhnya aku tidak suka seseorang itu memberi alasan yang terlalu banyak kepadaku. cukup sekadar satu, itu sudah memadai. tambahan pula, aku tidak menyangka dia boleh berkata sebegitu kepada diriku. aku mahukan hubungan yang berkekalan hingga ke akhir hayatku. aku terfikir sejenak, jika sekarang perkara sedemikian berulang kembali dalam tempoh alam rumahtangga kelak nanti, adakah aku mampu bertahan dalam tempoh masa yang lama? yaa..aku tahu setiap orang pasti tidak lepas dari melakukan kesalahan. begitu juga dengan diriku. setiap orang pasti ada kekurangan masing-masing. cuma kali ini, aku tidak pasti adakah aku mampu menempuhnya lagi. kita harus menerima setiap kekurangan yang ada pada seseorang itu. aku juga seorg insan yang lemah dan banyak lagi kekurangan yang aku harus perbaiki lagi. aku mahukan hubungan yang tulus. ntahla.. sekarang ini aku hanya bermain dengan perasaan aku sahaja. mungkin aku patut berdiam diri saja dari berkata-kata. aku tidak mahu bermain dengan kata-kata. silap langkah, boleh membinasakan diri. mungkin aku jenis suka memendam perasaan. tapi bila tiba masanya, aku pasti bersuara. kerana ini adalah aku.



Loves,
Nurul Farhana

0 comments: