Thursday, February 17, 2011

Life is unexpected

Minggu ini adalah minggu dugaan yg terlalu kuat bagi insan yang lemah seperti aku. Selepas satu dugaan menimpa ke atas ku, muncul dugaan lain yang hampir menggugatkan kesabaranku. Dugaan yang kerap melanda dan aku harus menerima walaupun diri ini sudah tidak dapat lagi menanggung derita. Sesungguhnya aku perlu bersabar dan redha menerima dugaanku dengan tenang. Yaa, mungkin ini cabaran yang perlu aku tempuhi. Aku perlu banyak bersabar dan aku tidak mahu tekananku menguasai diri ku. Seperti aku katakan, aku insan yang lemah. Aku perlukan kekuatan untuk menempuh dugaan ini. Hanya yang aku harapkan insan-insan yang aku sayangi memberi sokongan kepada ku dan Allah memberi ketenangan kepada diriku. Aku cumalah hamba yang lemah dan hanya patuh pada ketentuan daripada yang Maha Esa. Lumrah manusia, mungkin kita berada diatas, dan mungkin kita akan berada dibawah. Jadi kuatkan lah wahai semangatku untuk menempuh hari-hari yang mendatang. Tangisanku sering menemani ku. Cukup berhentikan diri ini untuk terus menangis. Aku harus kuat. Dugaan dan cabaran hidup orang lain mungkin lebih jauh hebat dari yang ku tempuh ni. Jadi aku tidak boleh kalah sekarang, aku harus lawan, aku harus lebih tabah. Insyaallah aku percaya kebahagiaan akan menantiku, tiada air mata lagi. Ini hanya ujian dari Allah dan ia hanyalah sementara.

0 comments: